Pendekkan URL

.

Sesuatu nama yang panjang susah kita nak ingat , tapi kalau sesuatu yang pendek memang mudah kita ingat. Sebab itu ler nama domain yang berbayar semuanya pendek-pendek , supaya mudah orang nak ingat contohnya macam utusan.com , bharian.com dan apa-apalah yang bermula dengan suatu nama dan berakhir dengan .com , .net , dan dot-dot lain lagi. Tapi bagi yang memiliki domain percuma ianya mungkin panjang sikit dan susah juga nak ingat contohnya macam aku.blogspot.com , aku.wordpress.com dll. Bagi mereka yang tak biasa dengan dunia tnet nih susah sikit ler nak ingat. Untuk itu aku ada jumpa satu laman web yang membolehkan kita memendekkan nama yang panjang-panjang tu dengan percuma.

Nak tau laman web apa ? Ha , korang boleh pergi melawat web ini http://www.dot.tk .Anda boleh daftar di situ dan dapatkan nama web atau blog anda yang berakhir dengan .tk ( dot.tk ) . Pendek ler sikit berbanding nama domain percuma anda yang panjang2 tu. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment