Thursday, December 20, 2012

Senarai Shout Box Percuma

Senarai laman web yang menyediakan shoutbox percuma untuk anda semua.

1. http://free-shoutbox.net

Monday, July 2, 2012

Cara Meletakkan Imej Pada Header


Kadang-kadang imej header yang disediakan oleh templet yang kita download secara percuma dari internet tidak sesuai dengan kehendak kita. Namun begitu jangan risau, anda boleh menukar imej header tersebut dengan imej ciptaan anda sendiri. Anda boleh bina imej header tersebut dengan penggunaan perisian photoshop atau paling mudah dengan menggunakan MS Power Point yang ada dalam komputer anda. Tetapkan ukuran imej header anda yang bersesuaian dengan templet atau design blog anda, kemudian uploadkan imej tersebut dalam posting blog anda atau dalam mana-mana laman web yang menawarkan storan imej percuma seperti photobucket.com. 

Untuk langkah seterusnya setelah anda upload imej header ialah seperti berikut :

1. LOG IN akaun blogger.com anda.
2. Pada blog yang ada ingin ubah imej header , klik TEMPLATE
3. Kemudian klik EDIT HTML
4. Klik PROCEED
5. Klik di dalam kotak kecil pada Expand Widget Templates
6. Cari kod #header-wrapper {                                  }
7 Masukkan kod berikut background :  url("MASUKKAN URL IMEJ HEADER YANG ANDA UPLOAD TADI"); di dalam ruang  {                    }
8. Klik butang PREVIEW terlebih dahulu untuk melihat hasil sama ada ia imej header tersebut sesuai atau tidak dengan blog anda.
9. Jika telah berpuas hati sila klik butang SAVE TEMPLATE.

Selamat mencuba !

Saturday, May 5, 2012

Cara Meletakkan Gadget Followers


Kegunaan Gadget followers adalah untuk membolehkan rakan-rakan yang melawat blog anda menjadi pengikut setia blog anda. Apa yang mereka perlu buat ialah klik butang Join this site yang ada pada gadget followers anda untuk menjadi penikut blog anda. Muka atau gambar profile mereka akan terpapar dalam gadget tersebut dan gadget ini juga akan memaparkan bilangan mereka yang menjadi pengikut blog anda. Gadget ini akan menunjukkan betapa galmournya blog anda jika ramai yang menjadi pengikutnya. Dengannya juga anda boleh bertukar-tukar link blog anda dengan orang lain. Bagi yang ingin meletakkan gadget follower kat blog boleh ikuti langkah-langkah berikut :

1. Klik LAYOUT.
2. Klik ADD GADGET
3. Klik FOLLOWERS
4. Tutup pop-up dan lihat hasilnya.

sekian.

Sunday, April 22, 2012

Cara Meletakkan Recent Comment


Recent Comment ? amenda tu ? ( soalan dari orang yang tak tau BI ler ni ). Tapi aku rasa semua tau BI kan, kalau tak tau jugak boleh tanya kat Pak Cik Google. Oklah, bagi yang tak tau, recent comment tu ialah komen-komen terkini yang dihantarkan kat post blog korang. Jadi kalau kita letakkan kod recent comment ni kat blog kita maka senang sikit kita nak pantau kalau-kalau ada pengunjung yang memberi komen pada post yang kita tulis. Untuk itu ikuti langkah berikut :

1. Login akaun blogger anda.
2. Klik LAYOUT.
3. Klik ADD GADGET.
4, Klik HTML/JavaScript.
5. Salin kod di bawah :

<script style=text/javascript src=http://www.freewebs.com/filer/blogger/rc1blogger.js ></script><script style=text/javascript >var a_rc=5;var m_rc=false;var n_rc=true;var o_rc=100;</script><script src=http://URL ANDA/feeds/comments/default?alt=json-in-script&callback=showrecentcomments ></script>

6. Gantikan URL ANDA dengan alamat blog anda sendiri. 
7. Klik SAVE

Ok. selamat mencuba.

Saturday, April 21, 2012

Cara Membuat Butang Link Exchange


Anda ingin berkongsi link dengan rakan blog anda ? Biasanya orang akan buat Link atau pautan biasa sahaja iaitu dengan memaparkan tulisan. Tetapi ada satu cara lagi untuk anda membuat kongsi link dengan meletakkan butang atau gambar yang anda buat untuk berkongsi link. Apa yang perlu rakan anda buat ialah copy dan paste sahaja skrip yang anda bagi tu dan letak dalam blog mereka. Cara nya ?

Ikuti langkah berikut :

1. Bina butang untuk link anda contoh ukuran gambar anda 150 x 45. Anda boleh bina dengan menggunakan photoshope atau microsoft power point ( Savekan dlm bentuk jpg ).

Contoh : 




2. Salin kod ini dalam ruangan baru gadjet anda :

<center>

<img src="- LINK GAMBAR/BUTTON BLOG ANDA - "><br>copy and paste kod dibawah <br>untuk link kepada kami<br></center><br>

<center><textarea rows="4" name="S2" cols="15" style="border: 1px solid rgb(102, 102, 102); padding: 1px 4px; background-color: rgb(255, 255, 153);">


&lt;a href="- URL BLOG ANDA - " target="_blank"&gt;&lt;img src="- LINK GAMBAR / BUTTON BLOG ANDA -" width="143" height="41" alt="NAMA BLOG ANDA" border="0"&gt;&lt;/a&gt;</textarea>

</center>

Cara Memasukkan Video Dalam Blogspot

" Camner nak masukkan video dalam blog saya ? " Itu lah pertanyaan seorang kawan saya yang baru menceburi bidang blog ini. Bagi yang dah pakar mungkin dalam fikiran mereka , " alah mudah jer , itu pun tak tau ker ? ". Memang ler mudah bagi mereka yang dah lama menceburi bidang blog ini, tapi kalau yang tak tau , pening juga kepala mereka. Jadi untuk itu post kali ini saya nak ajar kepada mereka yang tak tau tu, macam mana nak letak video kat blog mereka. Yang dah tau tak yah bacalah.

Ok , katakanlah anda merayau kat youtube.com misalnye , tiba-tiba anda terjumpa video yang menarik dan ingin berkongsi dengan rakan anda. Anda inginkan video tu ada dalam blog anda. Untuk itu anda kena lah tau jugak istilah yang digunakan untuk memasukkan video dalam blog anda dipanggil dengan nama "Embed".

Jika anda lihat kat laman video yang anda jumpa tu , cuba cari kod untuk Embed , jumpa tak ? Kalau jumpa anda copy dan paste sahaja . Lihat rajah di bawah ( dari laman web youtube.com ) :




 Anda klik dan copy kod tersebut dan paste kan dalam post anda. Kemudian SAVE.

Cara Menukar Template

Apa itu Template ? Template ialah bentuk atau layout blog yang kita kehendaki. Ada beberapa jenis template untuk blogger gunakan. Ianya ada yang percuma dan ada yang komersial . Bagi yang percuma anda boleh cari di Enjin Carian kat internet sama ada di google.com atau yahoo.com. Kata kunci yang anda boleh tulis di dalam Enjian Carian tersebut ialah Free Template for blogspot umpamanya. Senarai template akan dipaparkan. Pilih sahaja yang sesuai kemudian download.

Namun dalam artikel kali ini apa yang saya hendak ajarkan ialah basic atau asas penukaran bentuk template yang ada dalam blogspot.com. Lain kali saya akan tunjukkan cara bagaimana untuk menukar template yang anda download. Baca seterusya ..

Baiklah untuk menukar template anda ikuti langkah berikut :

1. Login akaun blogger.com anda.
2. Anda akan dipaparkan kepada ruangan DASHBOARD iaitu tempat blog-blog anda disenaraikan.
3. Pada blog yang anda pilih KLIK LAYOUT.
4. Paparan LAYOUT blog anda akan keluar.
5. Klik PICK NEW TEMPLATE
6. Senarai TEMPLATE dari blogger akan tersenarai.
7. Pilih atau klik dalam BULATAN template yang anda inginkan.
8. Kemudian Klik SAVE TEMPLATE.

Perhatian : :: Sebelum anda membuat pertukaran sesuatu Template pastikan anda backup dahulu segala GADGET yang ada dalam blog anda yang terdahulu , ini kerana apabila kita menukar blog kita kepada template yang baru maka semua GADGET yang ada akan hilang. Jadi berhati-hati ketika membuat keputusan untuk menukar kepada TEMPLATE baru.

Sunday, April 15, 2012

Apa itu Posting


Posting ? Posting dalam blog bermaksud kita menghantar sesuatu artikel untuk disiarkan ke dalam blog kita. Terdapat pelbagai fungsi yang kita boleh gunakan di situ . Di bawah saya terangkan beberapa fungsi yang terdapat dalam bahagian posting .


1. Create : Maksudnya kita hendak membuat artikel yang baru.

2. Edit Posts : Fungsinya untuk kita membuat perubahan pada artikel atau post yang kita hantar.

3. Comment Moderation : Menetapkan ketetapan pada komen yang dikirim.

3. Title : Tuliskan tajuk post / artikel anda.

4. Font : Anda boleh pilih jenis tulisan yang disenaraikan.

5. T : Anda boleh pilih saiz tulisan post anda.

6. b : Untuk menghitamkan tulisan post anda.

7. i : Untuk mengubah tulisan post anda dalam bentuk italic

8. T dengan kotak warna : Untuk mewarnakan tulisan post anda.

9. Gambar rantai dan bumi : Untuk membuat pautan atau link pada tulisan post anda.

10. Empat kotak garisan : Untuk menyusun tulisan post anda.

11. Nombor 1.2.3 : Untuk membuat list bernombor pada post anda.

12. Petak kecil dan garisan 3 : Untuk membuat list tanpa nombor pada post.

13. Tanda " ( Blockquote ) : Untuk membuat blockquote.

14. ABC tanda rait : Untuk menyemak ejaan post anda ( bahasa Inggeris sahaja )

15. Gambar : Untuk memasukkan gambar dalam post anda.

16. Video : Untuk memasukkan video dalam post anda.

17 .Pemadam : Untuk memadam post anda.

18. Edit Html : Untuk mengubah post anda melalui kod2 html.

19. Compose : Menulis post anda dalam bentuk biasa tanpa kod html.

20. Preview : Untuk melihat dahulu post anda sebelum di siarkan.

21. Post Option : Untuk menetapkan komen dari pembaca sama ada anda ingin menerima komen dari pembaca atau tidak. Di sini anda juga boleh menetapkan tarikh dan masa post anda ditulis.

22. Labels for this post : Berfungsi untuk meletakkan label pada artikel atau post anda. Contohnya jika anda menulis berkaitan dengan teknologi maka semua artikel atau post anda yang berkaitan dengan teknologi anda kumpulkan dalam satu folder.

23. Show all : Untuk memaparkan label -label yang telah anda buat.

24. PUBLISH POST : Untuk menyiarkan post anda bagi bacaan umum di blog anda. Jika anda tidak klik Publish Post maka post atau artikel anda tidak disiarkan dan akan ditanda dan disimpan sebagai draf sahaja.

25. SAVE NOW : Ia akan menyimpan artikel atau post anda secara automatik setiap lebih kurang 10 saat dalam bentuk draf sahaja tanpa menyiarkan nya.

26. Return to list posts : Senarai post anda akan di paparkan.

Like Box FB


Anda mempunyai Facebook Page di FB dan blog sendiri ? Nak tahu cara untuk meletakkan LIKE BOX seperti di atas pada blog anda ? Like Box berfungsi untuk memaparkan jumlah rakan-rakan anda yang LIKE pada FB Page anda. Untuk meletakkan LIKE BOX ini di blog anda , sila ikuti tutorial ini.

Langkah 1 : klik pada halaman berikut : http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box/

Langkah 2 : Isikan ruangan Facebook Page URL anda.

Langkah 3 : Tentukan lebar LIKE BOX anda

Langkah 4 : Buangkan tanda ( / ) pada petak show stream dan show header

Langkah 5 : Klik GET CODE

Langkah 6 : Copy kod di dalam ruangan iframe

Langkah 7 : Pada blog anda tambahkan Gadget baru dan pilih Gadget HTML/Javascript. Pastekan kod yang anda copy tadi di dalamnya. kemudian save.

Ok. Itu sahaja. Selamat mencuba.

Pendekkan URL

Sesuatu nama yang panjang susah kita nak ingat , tapi kalau sesuatu yang pendek memang mudah kita ingat. Sebab itu ler nama domain yang berbayar semuanya pendek-pendek , supaya mudah orang nak ingat contohnya macam utusan.com , bharian.com dan apa-apalah yang bermula dengan suatu nama dan berakhir dengan .com , .net , dan dot-dot lain lagi. Tapi bagi yang memiliki domain percuma ianya mungkin panjang sikit dan susah juga nak ingat contohnya macam aku.blogspot.com , aku.wordpress.com dll. Bagi mereka yang tak biasa dengan dunia tnet nih susah sikit ler nak ingat. Untuk itu aku ada jumpa satu laman web yang membolehkan kita memendekkan nama yang panjang-panjang tu dengan percuma.

Nak tau laman web apa ? Ha , korang boleh pergi melawat web ini http://www.dot.tk .Anda boleh daftar di situ dan dapatkan nama web atau blog anda yang berakhir dengan .tk ( dot.tk ) . Pendek ler sikit berbanding nama domain percuma anda yang panjang2 tu. Selamat mencuba.