Apa itu Posting

.

Posting ? Posting dalam blog bermaksud kita menghantar sesuatu artikel untuk disiarkan ke dalam blog kita. Terdapat pelbagai fungsi yang kita boleh gunakan di situ . Di bawah saya terangkan beberapa fungsi yang terdapat dalam bahagian posting .


1. Create : Maksudnya kita hendak membuat artikel yang baru.

2. Edit Posts : Fungsinya untuk kita membuat perubahan pada artikel atau post yang kita hantar.

3. Comment Moderation : Menetapkan ketetapan pada komen yang dikirim.

3. Title : Tuliskan tajuk post / artikel anda.

4. Font : Anda boleh pilih jenis tulisan yang disenaraikan.

5. T : Anda boleh pilih saiz tulisan post anda.

6. b : Untuk menghitamkan tulisan post anda.

7. i : Untuk mengubah tulisan post anda dalam bentuk italic

8. T dengan kotak warna : Untuk mewarnakan tulisan post anda.

9. Gambar rantai dan bumi : Untuk membuat pautan atau link pada tulisan post anda.

10. Empat kotak garisan : Untuk menyusun tulisan post anda.

11. Nombor 1.2.3 : Untuk membuat list bernombor pada post anda.

12. Petak kecil dan garisan 3 : Untuk membuat list tanpa nombor pada post.

13. Tanda " ( Blockquote ) : Untuk membuat blockquote.

14. ABC tanda rait : Untuk menyemak ejaan post anda ( bahasa Inggeris sahaja )

15. Gambar : Untuk memasukkan gambar dalam post anda.

16. Video : Untuk memasukkan video dalam post anda.

17 .Pemadam : Untuk memadam post anda.

18. Edit Html : Untuk mengubah post anda melalui kod2 html.

19. Compose : Menulis post anda dalam bentuk biasa tanpa kod html.

20. Preview : Untuk melihat dahulu post anda sebelum di siarkan.

21. Post Option : Untuk menetapkan komen dari pembaca sama ada anda ingin menerima komen dari pembaca atau tidak. Di sini anda juga boleh menetapkan tarikh dan masa post anda ditulis.

22. Labels for this post : Berfungsi untuk meletakkan label pada artikel atau post anda. Contohnya jika anda menulis berkaitan dengan teknologi maka semua artikel atau post anda yang berkaitan dengan teknologi anda kumpulkan dalam satu folder.

23. Show all : Untuk memaparkan label -label yang telah anda buat.

24. PUBLISH POST : Untuk menyiarkan post anda bagi bacaan umum di blog anda. Jika anda tidak klik Publish Post maka post atau artikel anda tidak disiarkan dan akan ditanda dan disimpan sebagai draf sahaja.

25. SAVE NOW : Ia akan menyimpan artikel atau post anda secara automatik setiap lebih kurang 10 saat dalam bentuk draf sahaja tanpa menyiarkan nya.

26. Return to list posts : Senarai post anda akan di paparkan.

No comments:

Post a Comment